Mengucapkan
Salam
1. Dari Imran bin
al-Hushain radhiallahu 'anhuma, katanya: Ada seorang lelaki datang kepada
Nabi s.a.w., lalu ia mengucapkan: Assalamu 'alaikum. Kemudian beliau s.a.w.
membalas salam orang tadi lalu duduk terus bersabda: "Sepuluh," maksudnya
pahalanya dilipatkan sepuluh kalinya. Selanjutnya datang pula orang lain lalu ia
mengucapkan: Assalamu 'alaikum warahmatullah. Beliau s.a.w. lalu membalas
salamnya orang itu, lalu duduk lagi: "Dua puluh," maksudnya pahalanya dilipatkan
dua puluh kali. Seterusnya ada pula orang lain yang datang, lalu mengucapkan:
Assalamu 'alaikum warahmatullahi wa barakatuh. Kemudian beliau s.a.w. membalas
salam orang tersebut, lalu duduk terus bersabda: "Tiga puluh," maksudnya
pahalanya dilipatkan tiga puluh kali.
Diriwayatkan oleh
Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis
hasan.
2. Dari Aisyah
radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. Bersabda kepada saya: "Ini
Jibril menyampaikan salam padamu." Aisyah berkata: "Saya berkata: Wa 'alaihis-
salam warahmatullahi Wabarakatuh." (Muttafaq 'alaih)
3.. Dari Anas r.a.
bahawasanya Nabi s.a.w. itu apabila berbicara mengucapkan sesuatu kalimat,
selalulah beliau s.a.w. mengulangi-nya sampai tiga kali, sehingga dapat
dimengerti ucapannya itu dan apabila beliau s.a.w. itu datang pada sesuatu kaum,
lalu beliau memberikan salam kepada mereka maka salamnya itu pun diucapkannya
tiga kali." (Riwayat Bukhari)
4. Dari al-Miqdad r.a.
dalam Hadisnya yang panjang, berkata: "Kita - maksudnya al- Miqdad dengan
kawannya - mengaturkan kepada Nabi s.a.w. akan bahagian yakni berupa susu,
kemudian beliau datang di waktu malam lalu memberi salam dengan suatu ucapan
salam yang tidak sampai membangunkan orang yang tidur, tetapi dapat
menperdengarkan kepada orang yang jaga. Selanjutnya Nabi s.a.w. datang lagi lalu
memberi salam sebagaimana salamnya yang sudah-sudah." (Riwayat Muslim)
5 Dari Asma' binti Yazid
radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. berjalan dalam masjid pada
suatu hari dan di situ ada sekelompok kaum wanita yang sedang duduk-duduk, lalu
beliau s.a.w. memberikan isyarat dengan tangannya dengan disertai ucapan salam
pula." Diriwayatkanoleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah
Hadis hasan.
6.. Dari Abu Jurat
al-Hujaimi r.a., katanya: "Saya mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu saya
berkata: '"Alaikas-salam ya Rasulullah." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Janganlah
mengucapkan 'Alaikas-salam sebab sesungguhnya, 'Alaikas-salam itu adalah cara
penghormatan kepada orang-orang yang sudah mati."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi
dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
7 Dari Abu Hurairah
r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. ber-sabda: "Orang yang berkenderaan
supaya memberi salam kepada orang yang berjalan dan orang yang berjalan kepada
orang yang duduk dan orang yang sedikit kepada orang yang banyak jumlahnya
(Muttafaq 'alaih)
8.Dari Abu Hurairah
r.a. dalam meriwayatkan Hadisnya orang yang berbuat buruk dalam shalatnya,
bahawasanya orang itu datang lalu bersembahyang, kemudian datang lagi kepada
Nabi s.a.w. terus ia memberi salam kepada beliau dan beliau menjawab salamnya,
selanjutnya beliau bersabda: "Kembalilah bersembahyang lagi, sebab engkau tadi
sebenarnya belum bersembahyang." Orang itu kembali lagi lalu bersembahyang,
setelah itu datang lagi terus mengucapkan salam kepada Nabi s.a.w. sehingga ia
melakukan sedemikian itu sampai tiga kali banyaknya. (Muttafaq 'alaih)
9. Dari Abu Hurairah
r.a. pula dari Rasulullah s.a.w., sabdanya: "Apabila seseorang di antara
engkau semua bertemu saudaranya - yakni sesama Muslim, maka hendaklah
mengucapkan salam padanya. Jikalau antara keduanya itu terhalang oleh sebuah
pohon, dinding atau batu kemudian bertemu lagi dengan saudaranya itu, maka
hendaklah bersalam pula sekali lagi." (Riwayat Abu Dawud)
10.Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu
'anhuma bahawasanya ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.:
"Manakah amalan Islam yang terbaik?" Beliau menjawab: "Iaitu engkau memberikan
makanan dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang sudah engkau kenal dan
orang yang belum engkau kenal." (Muttafaq 'alaih)
11. Lihat subject "Adam
" no:11
12.
Sesungguhnya yang pasti mendatangkan ampunan adalah mengucapkan salam dan
pembicaraan yang baik (Shahih al jami)
13. tidak masuk syurga
kecuali kalian beriman, dan tidak beriman sebelum kalian saling mencintai,maukah
aku tunjukan sesuatu yang jika kalian kerjakan kalian akan saling mencintai,
sebarkanlah salam diantara kalian (HR Muslim)
14.Dari Abu Hurairah
r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan masuk syurga engkau
semua itu sehingga engkau semua beriman dan tidak akan dinamakan beriman engkau
semua itu sehingga engkau semua saling cinta-mencintai. Tidakkah engkau semua
suka kalau saya menunjukkan kepadamu semua pada sesuatu yang jikalau engkau
semua melakukannya tentu engkau semua akan saling cinta-mencintai? Iaitu
sebarkanlah salam antara sesamamu semua!" (Riwayat Muslim)
15. Dari Abu Yusuf iaitu
Abdullah bin Salam r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Hai sekalian manusia, ratakanlah salam, berikanlah makanan,
pereratkanlah kekeluargaan, bersembahyanglah - di waktu malam -sedang para
manusia sedang tidur, maka engkau semua akan masuk syurga dengan selamat."
Diriwayatkan oleh Imam
Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis shahih.
16. Dari Abu Umamah
iaitu Shudai bin 'Ajlan al-Bahili r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Sesungguhnya seutama-utama manusia dengan Allah - yakni yang lebih
berhak mendekat kepada Allah - ialah orang yang memulai memberikan salam di
kalangan mereka itu."
Diriwayatkan oleh Imam Abu
Dawud dengan isnad yang baik. Ini juga diriwayatkan oleh Imam Termidzi dari Abu
Umamah pula, demikian riwayatnya: Rasulullah s.a.w. ditanya: "Ya Rasulullah, ada
dua orang yang saling bertemu muka, maka manakah di antara keduanya itu yang
memulai bersalam." Beliau s.a.w. menjawab: "Ialah yang lebih utama di antara
keduanya itu dengan Allah Ta'ala" maksudnya orang yang lebih mendekatkan dirinya
kepada Allah dengan mentaatiNya, sebab yang memulai itulah yang lebih dulu
berzikirnya kepada Allah. Jadi lebih berhak untuk mendekatkan diri kepadaNya.
Diriwayatkan oleh Imam
Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan
17. Lihat subject "Shalat"
no:10
Bersalaman
1.
Siapa saja diantara dua orang muslim yang berjumpa, kemudian salah seorang
diantara keduanya mengambil tangan sahabatnya untuk berjabat tangan, dan mereka
memuji Alloh semuanya , (maka jika mereka) berpisah tidak ada dosa diantara
mereka berdua (Shahih Al Jami)
2. Dari Abul Khaththab
iaitu Qatadah, katanya: "Saya berkata kepada Anas r.a.: "Adakah cara saling
berjabatan tangan itu di kalangan para sahabatnya Rasulullah s.a.w. itu?" Anas
menjawab: "Ya, ada." (Riwayat Bukhari)
3. Dari Anas r.a.,
katanya; "Ketika ahli Yaman datang, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Orang-orang Yaman sudah datang padamu semua dan mereka itulah pertama-tama
orang yang datang dengan melakukan berjabatan tangan." Diriwayatkan oleh Imam
Abu Dawud dengan isnad shahih.
4. Dari Shafwan bin
'Assal r.a., katanya: "Ada seorang Yahudi berkata kepada sahabatnya:
"Marilah bersama kami pergi ke tempat Nabi ini," yang dimaksudkan ialah Nabi
Muhammad s.a.w. Kedua-nya mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu menanyakan perihal
sembilan ayat-ayat yang terang." Shafwan seterusnya menghuraikan Hadis ini
sampai ucapannya: "Lalu orang-orang - yakni dua orang Yahudi serta para hadhirin
yang ada di situ - sama mencium tangan dan kaki beliau s.a.w. dan keduanya
berkata: "Kita semua menyaksikan bahawa anda adalah seorang Nabi."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan lain-lainnya dengan isnad-isnad shahih.
Mencium
Tangan
1. Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, ia
menyebutkan sesuatu ceritera yang di dalamnya ia mengatakan: "Lalu kita semua
mendekat kepada Nabi s.a.w. kemudian kita mencium tangan beliau itu."
(Riwayat Abu Dawud)
2. Lihat "Salam & Bersalaman-sub bersalaman no
:4"
Di pasar
1. Dari at-Thufail bin
Ubay bin Ka'ab bahawasanya ia mendatangi Abdullah bin Umar, lalu ia pergi
bersamanya ke pasar, at-Thufail berkata:
"Jikalau kita pergi ke
pasar, maka tidaklah Abdullah itu melalui seorang penjual loak ataupun penjual
dagangan apapun juga, tidak pula memalui seseorang miskin, kecuali ia pasti
memberi salam padanya."
At-Thufail berkata: "Pada
suatu hari saya datang lagi di tempat (Abdullah bin Umar, lalu ia meminta supaya
saya mengikutinya ke pasar. Saya berkata:
"Apa yang akan engkau
kerjakan di pasar, sedangkan engkau tidak akan berhenti untuk berjualan dan
tidak pula menanyakan harga sesuatu barang - untuk membelinya, tidak pula
berpencaharian di pasar itu, juga tidak perlu duduk-duduk dalam tempat-tempat
duduk di pasar." Saya berkata pula: "Duduk Sajalah di sini dengan kami dan kita
dapat bercakap-cakap."
Abdullah lalu berkata: "Hai
Abu Bathn" - ertinya Pak Perut -dan memang at-Thufail mempunyai perut besar:
"Hanyasanya kita pergi ke pasar itu adalah untuk meratakan salam dan kita
mengucapkan salam kepada siapa saja yang kita bertemu dengannya."
Diriwayatkan oleh Imam
Malik dalam kitab Al-Muwaththa' dengan isnad shahih.
Masuk
Rumah
1.Dari Anas r.a.,
katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya: "Hai anakku, jikalau
engkau masuk ke tempat keluargamu, maka ucapkanlah salam. Kalau itu engkau
lakukan,maka hal itu akan menyebabkan adanya keberkahan atas dirimu sendiri dan
juga atas seluruh keluarga rumahmu."
Diriwayatkan oleh Imam
Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
Pada
Anak-Anak
1.Dari Anas r.a.
bahawasanya ia berjalan melalui anak-anak lalu ia memberikan salam kepada
mereka dan berkata: "Rasulullah s.a.w. itu juga melakukan seperti ini - yakni
mengucapkan salam kepada anak-anak." (Muttafaq 'alaih)
Pada kaum
wanita
1. Dari Asma' binti
Yazid radhiallahu 'anha, katanya: "Nabi s.a.w. berjalan melalui kita, iaitu
kelompok kaum wanita, lalu beliau s.a.w. mengucapkan salam kepada kita."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Tirmidzi dan Tirmidzi mengatakan
bahawa ini adalah Hadis hasan. Ini adalah lafaznya Imam Abu Dawud.
Kepada Non
Muslim
1. Dari Abu Hurairah
r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah memulai mengucapkan
salam kepada orang Yahudi dan jangan pula kepada orang Nasrani. Maka jikalau
engkau semua bertemu dengan salah seorang di antara mereka itu - yakni orang
Yahudi atau Nasrani- pada suatu jalanan, maka paksakanlah kepada mereka itu
untuk melalui yang tersempit dari jalan itu." (Riwayat Muslim)
2. Dari Anas r.a.,
katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jikalau ada golongan ahlulkitab - iaitu
orang Yahudi atau Nasrani - memberi salam kepadamu semua, maka ucapkanlah:
Wa'alaikum." (Muttafaq 'alaih)
3. Dari Usamah r.a.
bahawasanya Nabi s.a.w. berjalan melalui suatu majlis - pertemuan, yang di
dalamnya terdapat berbagai campuran antara kaum Muslimin dan kaum musyrikin
iaitu para penyembah berhala dan ada pula orang Yahudi, lalu Nabi s.a.w.
memberikan salam kepada mereka." (Muttafaq 'alaih)
Meninggalkan majelis
1. Dari Abu Hurairah
r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jikalau seseorang dari engkau
semua berhenti pada sesuatu majlis-sudah tidak akan masuk ke tempat yang lebih
depan lagi serta sudah akan duduk, maka hendaklah mengucapkan salam juga apabila
ia hendak berdiri - meninggalkan majlis, maka hendaklah mengucapkan salam pula -
setelah ia tegak berdiri. Tidaklah ucapan salam yang pertama - yakni sewaktu
mulai datang - itu lebih berhak -yakni lebih perlu dilakukan - daripada yang
kedua - apabila hendak meninggalkan." Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud
dan Tirmidzi dan Tirmidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Tambahan
ada bergaul
1.Dari Abu Zar r.a.,
katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah engkau menghinakan sama sekali
sesuatu dari perbuatan baik sekalipun jikalau engkau sewaktu bertemu dengan
saudaramu itu lalu menunjukkan muka yang manis berseri-seri." (Riwayat
Muslim)
2. Dari Abu Hurairah
r.a., katanya: "Nabi s.a.w. mencium Hasan bin Ali, lalu al-Aqra' bin Habis
berkata: "Sesungguhnya saya ini mempunyai sepuluh orang anak, tetapi saya tidak
pernah mencium seseorang pun dari mereka itu." Rasulullah s.a.w. lalu bersabda:
"Barangsiapa yang tidak berbelas kasihan, maka ia tidak dibelas kasihani oleh
Allah." (Muttafaq 'alaih)